Selamat datang ke Program Sajian Pelajar B40 anjuran Putra Street Food Court. Dengan mendaftar untuk program ini, anda (ibu bapa/penjaga dan pelajar) bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
1. Kontrak dan Pendaftaran
- Tempoh Kontrak: Pendaftaran adalah untuk tempoh tetap satu (1) semester (6 bulan). Pembaharuan perlu dilakukan semula melalui laman web selepas kontrak tamat.
- Kelayakan: Terbuka kepada pelajar B40 dan juga pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai program ini. Maklumat yang diberikan mestilah benar dan tepat.
2. Struktur Pembayaran dan Hak Pengusaha
- Kadar Harga: Harga pakej adalah seperti di bawah:
-
Pakej Makanan Am Untuk Pelajar RM 20.00 Pakej Makanan Untuk Pelajar B40 RM 16.50 Pakej Makanan Untuk Pelajar ASNAF RM 16.50 - Pelarasan Harga: Jika berlaku sebarang kenaikan harga, pihak pengusaha akan mengumumkan kepada pelajar dan penjaga sekurang-kurangnya sebulan sebelum kenaikan dikuatkuasakan.
- Bayaran Bulanan: Bayaran hendaklah dijelaskan secara bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan.
3. Menu, Alahan, dan Diet Khas
- Ketentuan Menu: Menu harian ditetapkan oleh pengusaha dan tidak boleh ditukar ganti.
- Alahan (Allergy): Pertukaran menu hanya dibenarkan sekiranya pelajar mempunyai alahan makanan yang sah (sila maklumkan semasa pendaftaran).
- Diet Keagamaan: Pelajar bukan Muslim (seperti penganut Buddha atau Hindu yang tidak makan daging lembu) boleh memohon untuk menukar menu sedia ada kepada pilihan yang sesuai.
4. Jadual Penghantaran Makanan
Penghantaran akan dilakukan mengikut slot masa berikut:
- Sarapan Pagi: 7:00 am – 8:00 am
- Makan Tengah Hari:
- 1:00 pm – 2:00 pm (Isnin – Khamis)'
- 12:00 pm – 1:00 pm (Jumaat)
- Makan Malam: 5:00 pm – 6:00 pm
5. Hari Operasi dan Cuti
- Hujung Minggu & Cuti: Tiada penghantaran makanan akan dibuat pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum, dan Cuti Semester.
- Pakej harga hanya dikira berdasarkan hari akademik/hari operasi sahaja.
6. Prosedur Pengambilan dan Rekod Catatan
- Kad Makanan: Pelajar wajib menunjukkan Kad Makanan Peribadi semasa sesi pengambilan.
- Bukti Pengambilan: Pihak pengusaha akan merekodkan setiap pengambilan makanan sebagai bukti rasmi. Pihak pengusaha tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pertikaian jika rekod menunjukkan makanan telah diambil atau jika berlaku terlepas sesi (oversight) oleh pelajar.
7. Polisi Pembatalan
Sebarang pembatalan kontrak sebelum tempoh 6 bulan berakhir tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan terma pemulangan wang yang ditetapkan.
8. Tanggungjawab Pengguna
Pelajar bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak pengusaha sekiranya mempunyai sebarang alahan makanan (allergy) yang serius semasa sesi pendaftaran.